PELAJAR TERBAIK SPM 2020 SMUAK PPA

16 Jun 2021
| Berkongsi rahsia kejayaan dengan adik-adik sebagai penguat semangat untuk terus berjaya. Mariam Hakimah binti Abdul Rahman nama yang tidak asing di bumi Khairiah, memegang amanah sebagai Timbalan Ketua Pengawas mengangkat diri untuk dipimpin dan memimpin. Anak bongsu daripada 4 adik beradik ini meneruskan perjuangan abang-abang dan kakaknya di sekolah agama. Alhamdulillah, kini meneruskan pengajian di Maahad Saniah untuk memburu STAM pula. Selamat maju jaya dan moga kejayaan menjadi miliknya. Jom kita ambil pengajaran daripada perkongsian beliau.

TIPS DAN NASIHAT
Assalamualaikum wbt kepada Adik² yang akan menghadapi SPM nanti, tahniah saya ucapkan kerana anda masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus belajar walaupun dalam keadaan yang kurang selesa. Jadi gunakanlah masa dengan sebaik mungkin. Apa yang saya nak sampaikan adalah :

1. ALLAH - niatkan hati untuj belajar kerana Allah dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah kerana ilmu itu adalah milik Allah.

2. IBU BAPA - sentiasa menjaga adab dan meminta doa daripada mereka.

3. GURU - menghormati guru, menjaga adab dan amanah sebagai seorang pelajar.

4. Kawan² - menjaga adab dan tolong-menolong antara satu sama lain.

5. Diri sendiri (usaha) - Disiplin dengan masa, kerja sk, sentiasa baiki kelemahan diri kita, terima nasihat daripada guru, cuba cari cara untuk naikkan semangat belajar dan teruskan berdoa kepada Allah.

Mungkin kejayaan yang saya dapat tidaklah terlalu besar tapi tidak mustahil untuk anda yang sedang baca sekarang boleh dapat yang lebih baik melalui usaha, keyakinan dan semestinya harapan kita terhadap Allah yang tidak pernah putus. insha'Allah

❤️ بالتوفيق والنجاح❤️

PESANAN:
Alhamdulillah keputusan SPM dah keluar, sekalung tahniah buat semua, terimalah dengan hati terbuka & penuh kesyukuran, anda dah berjaya melalui SPM yang mungkin tak pernah dirasa oleh 'batch' sebelum ni. Itu adalah suatu kejayaan yang orang lain tidak dapat rasa. 

Teruskan mencipta kejayaan & jadikan tarbiah di khairiah PPA yang kita sayangi ni sbg tempat untuk kita terus baiki akhlak melalui fasa pengajian seterusnya yang bakal ditempuhi sebagai jalan untuk jadi lebih baik lagi.

Selamat maju jaya dalam apa bidang yang diceburi dengan niat yang betul serta usaha yg sungguh² & tawakkal kepada Allah. Usah ditanya apa SPM boleh beri kepada kita tapi tanyalah apa kita boleh beri manfaat daripada SPM yang kita ambil.

Rasulullah SAW ada berpesan, "Sebaik² manusia adalah orang yang paling banyak manfaat pada org lain".

Allah dah jadikan kita sebaik² kejadian untuk kita jadi sebaik² insan. Terus memberi tanpa berkira. Jadikan SPM yang kita ambil ini sebagai jalan untuk kita terus memberi bakti kepada ibubapa, guru & masyarakat dengan kejayaan yang lebih baik lagi, bukan hanya pada pangkat A+ tapi pada pembentukan akhlak yang terbaik.

#SPMYangTerbaik
#AdabDuluBaruIlmu
#FokusUntukBerjayaDuniaAkhirat

seperator seperator seperator seperator seperator seperator logoJPN16Jul2020 seperator

seperator

Please publish modules in offcanvas position.