SOALAN LAZIM (FAQ)
1. Apakah syarat kelayakan untuk memohon ke Tingkatan Satu di SMU(A) Khairiah, Padang Pak Amat?
Pemohon yang memenuhi syarat-syarat berikut layak memohon ke Tingkatan Satu di SMU(A) Khairiah, Padang Pak Amat:
- Tamat tahun 6 SK/SRK/SRI/SRU atau setaraf dengannya.
- Pelajar yang berumur 13 tahun (pada tahun permohonan).
2. Bagaimana cara memohon untuk kemasukan ke SMU(A) Khairiah, Padang Pak Amat?
Permohonan perlu mendapatkan borang di pejabat sekolah bersama salinan keputusan berkaitan (UPKK), salinan surat beranak , salinan Kad Pengenalan pemohon & ibubapa/penjaga dan gambar passport (jika ada).3. Bilakah permohonan mula dibuka?
Permohonan dibuka pada pertengahan bulan November.
4. Adakah boleh memohon untuk tingkatan dua, tiga, empat atau lima?
Boleh dan permohonan perlu melalui Unit Hal Ehwal Murid Yayasan Islam Kelantan dahulu.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan Ujian Kemasukan dan Ujian Lisan?
Pemohon akan menduduki Ujian Kemasukan dan Ujian Lisan sebagai satu proses persediaan pemohon ke SMU(A) Khairiah, Padang Pak Amat. Pemohon akan menjalani ujian-ujian berikut:
- Ujian Bertulis
- Ujian Lisan (Al-Quran)
6. Apakah kurikulum yang diamalkan di SMU(A) Khairiah, Padang Pak Amat?
Kurikulum yang diamalkan di SMU(A) Khairiah, Padang Pak Amat ialah integrasi kepada Kurikulum Arab/Agama (YIK) dan Kurikulum KSSM.
7. Adakah pelajar SMU(A) Khairiah, Padang Pak Amat turut sama mengambil peperiksaan awam seperti PT3 dan SPM?
Pelajar SMU(A) Khairiah, Padang Pak Amat terlibat dalam peperiksaan PT3 dan SPM. Selain itu, pelajarSMU(A) Khairiah, Padang Pak Amat akan mengambil peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) di bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan.
8. Apakah pelajar layak mengikuti pengajian di mana-mana Universiti Tempatan dan Luar Negara selepas tamat pengajian di SMU(A) Khairiah, Padang Pak Amat?
Pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang baik dalam SPM layak memohon mana-mana universiti dalam dan luar negara mengikut bidang yang bersesuaian.
9. Adakah sekolah menawarkan subjek aliran Sains Tulen?
Tidak. Kami menawarkan aliran sastera ikhtisas sahaja.
10. Adakah pelajar boleh memohon untuk tinggal di asrama?
Boleh memohon tetapi keutamaan diberi kepada pelajar yang tinggal di luar kelantan.
11. Berapakah jumlah yuran asrama bagi setiap bulan?
Yuran bulanan ialah RM 250 iaitu merangkumi yuran makan minum, yuran pengurusan dan kelas Al-Quran.