PERANAN PELAJAR MENDEPANI UJIAN COVID-19
Sepertimana yang kita sedang kita semua alami sekarang, penularan wabak Covid-19 menyebabkan institusi pendidikan telah ditutup dan begitu juga dengan masjid telah menghadkan bilangan jemaah yang dapat hadir. Sehinggakan ramai orang bising menyalahkan kerajaan di atas tindakan ini tanpa kita sedar impikasinya cukup besar. Sedarkah kita kehadiran Covid-19 seolah-olah seperti ancaman kepada kita tetapi yang sebenarnya yang lebih membimbang kita adalah keterbatasan tersebut menyebabkan kita mencipta alasan untuk tidak meneruskan proses tarbiah untuk diri kita.
Sedar atau tidak Covid-19 adalah ujian dari Allah untuk kita muhasabah diri mencari diri kita yang sebenarnya disisi Allah bukan disisi manusia. Peringatan Allah untuk menjentik akal kita berfikir bahawa perjalanan hidup kita bukan melihat apa yang kita alami sekarang tetapi apa yang kita boleh buat bagi mendepani menjadi siapa kita sekarang. Fikir dengan hati terbuka, kita semua tidak minta apa yang berlaku sekarang tetapi apa yang kita boleh buat carilah solusi bagaimana kita boleh mengatasi masalah ini. Tepuk dada tanya akal dan iman masing-masing.
Jika kita sebagai seorang pelajar lagi-lagi pelajar sekolah agama, penutupan sekolah bukan menjadi alasan untuk kita tidak mahu belajar. Sedangkan kewajipan menuntut ilmu tetap harus dilaksanakan walaupun dengan apa sekalipun kerana proses pendidikan adalah usaha berterusan dan bukan bertempat di sekolah sahaja. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW:
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim.” (HR. Ibnu Majah)
Selain itu, para pelajar perlu terus menjaga adab sebagai seorang pelajar sekiranya belajar 'online; dengan guru. Ilmu dan adab tidaklah dapat dipisahkan jika kita seorang penuntut ilmu walaupun dalam bentuk apapun kaedah sekalipun bersemuka apatah lagi secara 'online' sekalipun. Orang beradab sudah pasti berilmu, orang berilmu belum pasti beradab.
Antara adab belajar secara 'online' ialah memakai pakaian yang kemas dan sopan, yang lebih penting jagalah aurat sebaiknya lagi-lagi perlu melihat secara 'live'. Tambahan pula perlu hidupkan kamera bagi menunjukkan anda fokus serta mikrofon dalam mode ‘Mute’ semasa guru mengajar bagi tidak mengganggu guru dan pelajar lain. Bercakap hanya perlu sahaja dan hargailah keberadaan guru dalam keberbatasan masa yang ada. Siapkan sebarang tugasan yang diberikan sebaiknya. Biasakan ucaplah terima kasih setelah selesai kelas dan usah menunjukkan kurang minat kepada pengajaran guru walaupun kita tak suka dalam keadaan ini.
Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (HR. Ahmad)
Di samping itu, pada zaman era teknologi yang semakin canggih ini marilah kita memanfaatkan penggunaan media massa ke arah kebaikan. Apa salahnya sambil kita ber'online' di alam maya kita selitkan unsur-unsur mengingatkan kepada kawan-kawan kita tanda kita sayang lagi-lagi apabila masuknya waktu solat. Jadilah diri kita sebagai agen penyebar kebaikan. Allah SWT berfirman :
Di samping itu, pada zaman era teknologi yang semakin canggih ini marilah kita memanfaatkan penggunaan media massa ke arah kebaikan. Apa salahnya sambil kita ber'online' di alam maya kita selitkan unsur-unsur mengingatkan kepada kawan-kawan kita tanda kita sayang lagi-lagi apabila masuknya waktu solat. Jadilah diri kita sebagai agen penyebar kebaikan. Allah SWT berfirman :
وذكر فان الذكرى تنفع المؤمنين
Dan tetaplah memberi peringatan, maka sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang mukmin. (Surah Az-Zariyat : 55)
Alhamdulillah Allah hadirkan Covid-19 sebagai ujian kepada kita semua tanda Allah sayang kita, nak kita lebih menghargai kesempatan yang kita ada sekarang. Masih lagi ada ruang untuk kita terus belajar tentang kehidupan ini, memberi tanpa berkira dan menerima dengan penuh kesyukuran. Ujian ini ibarat satu bungkusan luaran yang di dalamnya terdapat manisan. Bungkusan tersebut kita tidak mahu dan semestinya kita akan buang, yang kita mahu isi di dalamnya. Yang kita inginkan hanya kebaikan.
Sekarang kita diuji oleh Allah dengan bungkusan Covid-19 yang penuh dengan cabaran, namun percayalah ada manis disebaliknya iaitu pengajaran dan kasih sayang Allah. Ada sesuatu yang Allah sedang didik kita. Terus sebarkan kebaikan serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. Firman Allah SWT dalam surah Al-Asr :
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
وَالْعَصْرِۙ
Demi masa,
اِنَّ الْاِنْسَانَ لَفِيْ خُسْرٍۙ
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,
اِلَّا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ ەۙ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
Coretan rasa : Murabbi Musleh