PANTUN |
TERIMA KASIH GURUKU
Terima kasih ku ucapkan,
Pada guruku yang mengajar tanpa henti,
Ilmu berguna selalu dilimpahkan,
Untuk bekalku nanti.
Setiap hari di bimbingnya,
Agar tumbuhlah bakatku,
Akan ku ingat selalu nasihatnya,
Terima kasih guruku.
Dari: ALIF QHUZAIRIE (bekas pelajar)
PENDIDIKAN
Pergi ke pasar membeli jamu,
Jamu pahit buat lidah kelu,
Gurumu adalah orang tuamu,
Hormatilah dia selalu.
Pergi ke kota mencari paku,
Ke kota naik perahu,
Jangalah bosan membaca buku,
Banyak membaca banyak tahu.
Pakai baju warna biru,
Pergi ke sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.
Hari minggu minum jamu,
Hari isnin minumnya dua,
Teruslah menuntut ilmu,
Untuk bekal dimasa tua.
Berdayung sampan ke tanah semenanjung,
Hendak membeli tikarlah rotan,
Bukti dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan.
Dari: KHALISH IQBAL (4B)